Kemanakah kamu ingin pergi pagi hari ini?
Persoalan yang umum untuk dijawab. Umumnya akan menjawap, pergi kerja, mencari rezeki, bersiar-siar, tidak kemana-mana & banyak lagi kemungkinan jawapan itu.. Namun apakah maksud tersirat disebalik persoalan tersebut.. Jelas dalam kehidupan seharian kita ini hanya akan ada dua arah yang kita akan tuju.. Jalan kebaikan atau jalan keburukan. Ianya pilihan antara sifat positif & negatif.. Ianya tentang pencarian kehidupan yang hakiki untuk menuju ke arah suatu destinasi. Pilihlah salah satu dari dua jalan tersebut & pasti, kita akan menemuinya megikut jalan yang dipilih.. Destinasi tersebut adalah hasil dari keputusan yang kita jawap dari parsoalan tersebut..
Kemanakah kamu akan pergi tengah hari ini?
Terkadang dalam memilih satu dari dua jalan tersebut, kita akan tergelincir dari landasan yang kita pillih.. Jika kita melakukan perkerjaan hari ini dengan niat untuk kita mencari rezeki yang halal.. Namun dalam pekerjaan tersebut kita terjerumus untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan seperti pecah amanah, atau menyalahguna kuasa.. Adakah kita akan sampai ke destinasi matamat yang kita tujui.. Pastinya kita akan sampai ke destinasi yang sepatutnya kita tidak ingini.. Hakikat ini jelas umpama memandu kenderaan tampa mengikut panduan & jalan yang sepatutnya dipilih..
Kemanakah kamu akan pergi petang ini?
Setiap manusia mempunyai matlamat dan tujuan hidupnya.. Dari sekecil perancangan, hingga ke matlamat tujuan hidup hakiki yang di ingini.. Contoh yang paling mudah, pernahkah kita merancang untuk membeli suatu barang, tetapi berakhir dengan pembelian barang yang bukan kita rancang..Tidak telepas dari membuat kesilapan, pernahkah kita merenung kembali arah tuju yang kita ingin tujui.. Atau kita hanya hanyut mengikut arus kehidupan yang membenarkan diri kita dikawal oleh arus tersebut.. Arus kemodenan memang merumitkan.. Desakan hidup memang tidak dapat dielakan lagi.. Apatah lagi kehidupan dibandar-bandar moden yang memaksa setiap indivdu itu bergerak pantas & menyusuri arus kehidupan kota itu..
Kemanakah kamu akan pergi malam ini?
Matlamat kehidupan bukan sekadar didunia ini sahaja.. Sudahkah kita bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian.. Itulah matlamat kita yang selalu kita lupakan, apakah persediaan yang kita lakukan untuk kematian kita.. Kita sering melakukan persediaan untuk menyambut hari-hari keraian.. Menyediakan persediaan yang rapi agar segalanya berjalan dengan lancar.. Namun kematian merupakan perkara yang lebih besar dari majlis-majlis yang kita adakan.. Bersediakah kita? Kerana perkara tersebut pasti berlaku untuk benda yang hidup.. Tidak mampu untuk dielak dan tidak mampu untuk di tangguh.. Itulah tujuan kita yang sebenarnya.. Hidup ini adalah persinggahan untuk persediaan sebelum menempuh kehidupan yang selanjutnya...