Masa terus berlalu dan berlalu... x pernah berhenti walau sesaat.. tatkala kita lena diulit mimpi, tatkala kita ketawa bersama rakan-rakan, tatkala kita meratapi kehilangan, atau menangisi kegagalan.. sedar ataupun tidak, kita akan sentiasa ditinggalkan.. bak kata orang, pejam celik - pejam celik, dah banyak masa yang beralu. ada yang berkata masa itu emas.. namun kenapa masih ramai yang membuang masa... memang sukar untuk kita menyedari bahawa kita sebenarnya sentiasa dalam keadaan yang rugi..
Masa merupakan sesuatu yang amat penting sehingga Allah menurunkan surah khas untuk manusia menegtahui bahawa masa merupakan suatu perkara yang amat penting.."sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian". Jelaslah kita sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang sentiasa berpesan kearah kebaikan.. Di era globalisasi ini masa semakin penting kerana kebanyakan perkara yang yang kita lakukan adalah terlalu pantas.. Baru semalam dirasakan kita menjalani kehidupan kanak-kanak kita.. baru semalam dirasakan kita bersama orang yang kita sayang.. namun hari ini, orang yang kita sayang telah tiada.. segala kegembiraan kanak-kanak kita itu hanya menjadi memori..
Hari ini kita dewasa, hari ini kita bertambah usia, hari ini semakin suntuklah hidup kita, siapa kita dimasa lalu tidak akan menjadikan kita hina atau mulia.. tetapi langkah yang kita mulakan hari ini akan menjadikan siapakah diri kita dimasa akan datang.. Masa tidak ernah berhenti, seperti makhluk yang tiada perasaan.. seperti nadi yang tidak pernah berhenti.. tetapi, suatu masa nanti ia akan terhenti dengan iziNya.. suatu hari ia akan berakhir dengan kehendakNya..
apa yang tertulis ini adalah peringatan untuk pembaca & penulis ini sendiri... jika tersalah.. harap ditegur.

ecewah..hehe..trsenyum jela :)
ReplyDeletehehehe.. ye la tu NAJAA..
Delete