D

D
D

Friday, February 17, 2012

Kemanakah kamu ingin pergi..



Kemanakah kamu ingin pergi pagi hari ini?
Persoalan yang umum untuk dijawab. Umumnya akan menjawap, pergi kerja, mencari rezeki, bersiar-siar, tidak kemana-mana & banyak lagi kemungkinan jawapan itu.. Namun apakah maksud tersirat disebalik persoalan tersebut.. Jelas dalam kehidupan seharian kita ini hanya akan ada dua arah yang kita akan tuju.. Jalan kebaikan atau jalan keburukan. Ianya pilihan antara sifat positif & negatif.. Ianya tentang pencarian kehidupan yang hakiki untuk menuju ke arah suatu destinasi. Pilihlah salah satu dari dua jalan tersebut & pasti, kita akan menemuinya megikut jalan yang dipilih.. Destinasi tersebut adalah hasil dari keputusan yang kita jawap dari parsoalan tersebut..

Kemanakah kamu akan pergi tengah hari ini?
Terkadang dalam memilih satu dari dua jalan tersebut, kita akan tergelincir dari landasan yang kita pillih.. Jika kita melakukan perkerjaan hari ini dengan niat untuk kita mencari rezeki yang halal.. Namun dalam pekerjaan tersebut kita terjerumus untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan seperti pecah amanah, atau menyalahguna kuasa.. Adakah kita akan sampai ke destinasi matamat yang kita tujui.. Pastinya kita akan sampai ke destinasi yang sepatutnya kita tidak ingini.. Hakikat ini jelas umpama memandu kenderaan tampa mengikut panduan & jalan yang sepatutnya dipilih..

Kemanakah kamu akan pergi petang ini?
Setiap manusia mempunyai matlamat dan tujuan hidupnya.. Dari sekecil perancangan, hingga ke matlamat tujuan hidup hakiki yang di ingini.. Contoh yang paling mudah, pernahkah kita merancang untuk membeli suatu barang, tetapi berakhir dengan pembelian barang yang bukan kita rancang..Tidak telepas dari membuat kesilapan, pernahkah kita merenung kembali arah tuju yang kita ingin tujui.. Atau kita hanya hanyut mengikut arus kehidupan yang membenarkan diri kita dikawal oleh arus tersebut.. Arus kemodenan memang merumitkan.. Desakan hidup memang tidak dapat dielakan lagi.. Apatah lagi kehidupan dibandar-bandar moden yang memaksa setiap indivdu itu bergerak pantas & menyusuri arus kehidupan kota itu..

Kemanakah kamu akan pergi malam ini?
Matlamat kehidupan bukan sekadar didunia ini sahaja.. Sudahkah kita bersedia menghadapi kehidupan selepas kematian.. Itulah matlamat kita yang selalu kita lupakan, apakah persediaan yang kita lakukan untuk kematian kita.. Kita sering melakukan persediaan untuk menyambut hari-hari keraian.. Menyediakan persediaan yang rapi agar segalanya berjalan dengan lancar.. Namun kematian merupakan perkara yang lebih besar dari majlis-majlis yang kita adakan.. Bersediakah kita? Kerana perkara tersebut pasti berlaku untuk benda yang hidup.. Tidak mampu untuk dielak dan tidak mampu untuk di tangguh.. Itulah tujuan kita yang sebenarnya.. Hidup ini adalah persinggahan untuk persediaan sebelum menempuh kehidupan yang selanjutnya...

Wednesday, February 15, 2012

Memori itu x mungkin hilang

Dalam kita meniti kehidupan harian, minda kita sentiasa merakam perbuatan-perbuatan samada secara sedar ataupun tidak. Sejarah itu sentiasa tercipta, dalam kehidupan seharian kita, setiap senyum, setiap tawa.. setiap segala perbuatan kita pasti secara automatik minda akan merakam. Inilah yang menyebabkan kita sentiasa dibelenggu kenangan silam. samaada yang pahit, mahupun yang manis.. Pastinya, manusia akan merasa teruja & terkadang menangis kerana memori silamnya.

"tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain."

senantiasa memori ini membuat kita berhenti seketika untuk merenung apa yang telah kita lakukan. terkadang kita inginkan memori buruk itu pergi untuk selama-lamanya.. namun, mampukah kita menghilangkannya..

Hmmm.. termenung lagi mengenangkan kisah silam..
Hmmm.. Menyesali perbuatan silam..
Janganlah kau sesali D... jadikanlah pengalaman..
Janganlah kau tangisi D.... jadikanlah pengajaran..

setiap memori itu mempunyai hikmahnya.. setiap perbuatan itu ada balasanya..
renungkanlah D.. renungkanlah sedalam-dalamnya.. carilah ilmu darinya.. 

Friday, February 10, 2012

Kesenangan dalam Kesukaran

Kita biasa mendengar kesenagan selepas kesukaran.. namun wujudkah kesenangan dalam kesukaran.. benar, kesenangan sememangnya wujud dalam ketika kesukaran.. cuma kita sebagai manuisa tidak menyedarinya.. apakah yang dikatakan kesenangan dalam kesukaran.. Di dalam Al-Quran, Allah ada menegaskan mengenai perkara ini..Setiap kesukaran yang kita tempuhi, dalam sedar atau tidak, kita sentiasa mencari jalan untuk keluar dari belenggu ini.. kita berusaha mencari penyelesaian untuk mencari kemelut ini.. kita mendapat pelajaran dan pengalaman dari setiap yang kita tempuhi.. namun adakah kita menyedari perkara ini.. jika kita tidak ditimpa kesukaran.. apakah yang kita fikirkan.. kita hanya merasa selesa tanpa melakukan apa-apa... tanpa kesukaran, kita tidak akan berada dalam keselesaan kita sekarang ini.. tanpa kesukaran kita tidak dapat memajukan tamadun ini.. tanpa kesukaran kita tidak mengerti erti disebalik sesuatu perkara itu.. mengapa saintis menjalankan ujikaji jika ia tahu perkara tersebut pasti akan berhasil.. kegagalan & kesukaranlah yang menjadikan manusia maju dan mempelajari nilai yang paling berharga.. bukan dari buku teks.. bukan dari cerita dongeng.. tetapi dengan menghadapi kesukaran tersebutlah maka setiap manusia itu belajar... oleh kerana itu, janganlah kita mengeluh dengan setiap kesukaran yang kita hadapi.. anggaplah ia seorang guru yang memberi kita pelajaran yang belum pernah diajar oleh sesiapa pun..

Janganlah kita leka akan kesenangan. kerana dalam setiap kesenangan itu juga wujud kesukaran.. mata kita sering ditipu dengan tipudaya dunia.. dikala kita melihat kemewahan, keindahan dunia.. adakah kita terfikir bahawasanya semua ini hanya sementara.. terkadang kita bangga dengan apa yang kita miliki hasil titik peluh kita.. namun kita mungkin terlupa bahawa semua ini akan berakhir suatu masa kelak.. segala keindahan, kecantikan & kemewaha dunia pasti tidak akan kekal kerana ian bukan milik kita.. Ya.. kita ada menyebut "semua ini usaha aku, semua ini hasil titik peluh aku.. semua ini aku miliki hasil kebijaksanaan ku".. inilah yang membutakan mata kita, inilah yang menjadikan kita sombong dan riak... apa yang kita perolehi di dunia akan berakhir tatkala kita menghembuskan nafas terakhir kita.. lihat sahajalah apa yang wujud disekeliling kita.. tiada satu pun yang kekal.. bahkan.. sehebat-hebat matahari itu sendiri, suatu hari nanti ia pasti akan berakhir cahayanya dan musnah...

Friday, February 3, 2012

Is it hard to make decision...


How hard to make decision...
Is the right thing to to choose this.. Or that one is better..
Yes we all have to make decision in life..
Sometimes we have to choose between two things.. Both we want it but we can't have it both.. How to know we make the right choice.. 
Most of the times we make the the right decision.. But what if we make the wrong decision that can change the rest of our life..
Most of the times we think we made the right decision.. But in the end.. It isn't...
Sometimes we think we made the wrong decision.. But in the end.. We pick it right.. And end up happily..

So, how to choose...
Think wisely..
Take a time, if it is the decision that effect the rest of our life....
What if we already make the wrong decision... Be strong.. If we had the chance to start a new beginning...don't afraid to start all over again.. Maybe the wrong decision that we have made can be the best teacher in our life..
Anyway.. Face it.. Don't run from it.. Because there will always be decision that we have to make in our life everyday, every hour & every second..

Thursday, February 2, 2012

Cinta, sayang & kenangan

Cinta...
Terlalu umum maksudnya.. bagi yang remaja, pasti, cinta membawa erti yang istimewa kepada golongan ini terutama dalam meniti masa remaja yang penuh riang tanpa memikirkan tanggunjawab yang besar terhadap maksud sebenar disebalik makna cinta itu. Cinta remaja merupakan zaman yang paling indah kerana ianya penuh warna warni dalam mencari pasangan dan meniti zaman remaja sebelum meniti alam dewasa.
Bagi golongan dewasa, cinta lebih besar ertinya.. besar dalam erti tanggungjawab, mencari kehidupan, dan mencari pasangan untuk menempuh hidup bersama. Cinta golongan dewasa membawa kepada kehidupan baru untuk berumahtangga, memiliki keluarga dan mengharungi kehidupan bersama dalam membina sebuah keluarga yang bahagia. Cinta juga memberi erti mengasihi, menyanyangi, menghormati dan memahami individu atau perkara yang disayangi dalam hidup ini..



Sayang...
Terlalu luas pengertianya.. terlalu kompleks untuk dihuraikan.. namun ianya mudah difahami dengan perbuatan dan perkataan setiap manusia.. Sayang merupakan sifat yang mulia dan diingini oleh setiap manusia.. Siapa yang tidak menginginkan untuk disayangi.. siapa yang tidak mengingini untuk dikasihi.. Namun kenapa masih ada orang yang sepatutnya disayangi dicederakan..kenapa masih ada mereka yang sepatutnya dikasihi, disakiti.. lihatlah di dada-dada akhbar hari ini.. dunia penuh dengan kekejaman.. sama ada sesama manusia atau makhluk tuhan yang lain..



Kenangan..
Tiada siapa yang boleh lari darinya.. tiada siapa yang mampu menahan kehadiranya.. ianya memori & sejarah yang terpahat dalam minda manusia.. kenangan manis.. kenangan pahit.. suka & duka.. gelak dan tangis..Garis-garis masa yang sentiasa bermain dalam minda kita, tidak mampu kita buang begitu sahaja.. semua itu amat bermakna dalam diri kita ini.. ambilah kebaikan dari kenangan kita.. ambilah pelajaran dari sejarah kita.. untuk menjadikan kita lebih dimasa akan datang..


Namun tiada yang lebih besar dari mencintai Allah.. Menyayangi rasul & mengenang dosa-dosa silam kita.. sementara masih diberi peluang kerana Allah sentiasa menyayangi makhluknya...

Wednesday, February 1, 2012

Beri Aku Peluang..

Beri Aku Peluang...

Setiap hari, mampukah kita mengira peluang dan ruang yang ada untuk membaiki diri. Berapa banyakah masa yang kita ada untuk untuk mempelajari dan memahami erti kehidupan ini. terfikirkah kita untuk mengatasi kelemahan dalam diri ini. Melawan sifat yang lemah untuk menjadi insan yang bertambah sempurna. berapa kali kita mengeluh, berapa kali kita memberi alasan.. Kita sememangnya lemah.

Beri Aku Peluang...

Sempurnakah kita sebagai seorang manusia, ya.. sememangnya tiada insan yang sempurna di dunia ini. Bahkan manusia terhebat yang pernah lahir didunia ini tidak akan menjadi hebat dengan semulajadinya.. Kehebatan & kesempurnaan manusia itu diukur atas kejayaanya dalam miniti setiap bidang yang dia ceburi, Namun, apakah dia menjadi hebat dengan sekelip mata.. kenanglah kepayahanya menempuhi kesukaran dalam perjalanan menjadi seorang yang hebat.. Bill Gates, Alexander the Great, Salahuddin Al-ayyubi, Tun Mahathir, dan ramai lagi manusia yang digelar hebat di dalam dunia ini menghadapi kesukaran sebelum mereka mengecapi kejayaan di zaman kegemilangan mereka.. Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi ancaman-ancaman sebelum ia bergelar Rasul.. mereka belajar dari pengalaman & kesilapan mereka.. itulah peluang mereka..

Beri Aku Peluang...

sejauh mana kita menggunakan peluang yang ada.. waktu sihat kita, sebelum waktu sakit kita.. zaman muda sebelum zaman tua kita.. Waktu mewah kita, sebelum waktu kesukaran kita.. Masa lapang, sebelum waktu sibuk & waktu hidup kita, sebelum kita memejamkan mata meninggalkan dunia.. Bila kita gagal, bila kita kecewa, bila kita menangis.. pasti.. kita akan meminta agar diberi peluang untuk mambaiki.. kita pasti meminta masa untuk diundur semula.. inilah manusia..

Beri Aku Peluang..

hampir setiap manusia pasti akan menggunakan perkataan tersebut tatkala menghadapi kesukaran & kegagalan.. ingatlah, kita sentiasa diberi peluang.. peluang itu sentiasa mengelilingi kita, terpulang kepada kita untuk menggunakanya...

sekadar renungan untuk penulis dan dikongsi untuk pembaca...