D

D
D

Tuesday, January 31, 2012

Time

Masa terus berlalu  dan berlalu... x pernah berhenti walau sesaat.. tatkala kita lena diulit mimpi, tatkala kita ketawa bersama rakan-rakan, tatkala kita meratapi kehilangan, atau menangisi kegagalan.. sedar ataupun tidak, kita akan sentiasa ditinggalkan.. bak kata orang, pejam celik - pejam celik, dah banyak masa yang beralu. ada yang berkata masa itu emas.. namun kenapa masih ramai yang membuang masa... memang sukar untuk kita menyedari bahawa kita sebenarnya sentiasa dalam keadaan yang rugi.. 

Masa merupakan sesuatu yang amat penting sehingga Allah menurunkan surah khas untuk manusia menegtahui bahawa masa merupakan suatu perkara yang amat penting.."sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian". Jelaslah kita sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang sentiasa berpesan kearah kebaikan.. Di era globalisasi ini masa semakin penting kerana kebanyakan perkara yang yang kita lakukan adalah terlalu pantas.. Baru semalam dirasakan kita menjalani kehidupan kanak-kanak kita.. baru semalam dirasakan kita bersama orang yang kita sayang.. namun hari ini, orang yang kita sayang telah tiada.. segala kegembiraan kanak-kanak kita itu hanya menjadi memori.. 

Hari ini kita dewasa, hari ini kita bertambah usia, hari ini semakin suntuklah hidup kita, siapa kita dimasa lalu tidak akan menjadikan kita hina atau mulia.. tetapi langkah yang kita mulakan hari ini akan menjadikan siapakah diri kita dimasa akan datang.. Masa tidak ernah berhenti, seperti makhluk yang tiada perasaan.. seperti nadi yang tidak pernah berhenti.. tetapi, suatu masa nanti ia akan terhenti dengan iziNya.. suatu hari ia akan berakhir dengan kehendakNya.. 

apa yang tertulis ini adalah peringatan untuk pembaca & penulis ini sendiri... jika tersalah.. harap ditegur.

Tuesday, January 3, 2012


"Mengapa, Kenapa... Apa"
Kanak-kanak sememangnya selalu bertanya kepada orang yang lebih berumu darinya.."Ayah.. Kenapa orang tu pakai serban".. "Abang, kenapa orang tu begitu...." Pakcik, mengapa ia jadi macamtu".. Terkadang kita yang dewasa ini sukar untuk menjelaskan sesuatu perkara kerana kita sendiri tidak dapat menerangkan perkara tersebut. Kita yang dewasa ini juga sering tertanya-tanya mengenai sesuatu perkara.. Namun siapakah yang kita tanya.. Aku yakin kita selalu tertanya pada diri kita sendiri... Mungkin sekali sekala kita tertanya pada rakan, ahli keluarga atau orang yang lebih berpengalaman dari kita. Namun, sejauh mana kita bertanya kepada orang lain dari kita bertanya kepada diri kita sendiri...

Semakin kita dewasa, kita semakin ego untuk bertanya.. Adakah kita sudah cukup berilmu untuk menjawab persoalan-persoalan duniawi di sekeliling kita... Atau kesombongan kita untuk belajar perkara baru dalam mengharungi penghidupan ini. Bukankah "tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad". Atau "tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China".. Ketika diri kita sering bertanya kepada diri sendiri bagaimanakah caranya aku nak jadi kaya.. Macam mana nak cari duit banyak.. Adakah kita tertanya, adakah cara hidupku ini menunjukan cara kehidupan seorang islam.. 

Ambillah masa walau sedikit untuk bertanya kepada diri sendiri.. Adakah betul jalan yang kita pilih.. Janganlah diabaikan untuk menunaikan kewajipan untuk bertanya kepada Allah.. Solat adalah salah satu cara untuk kita bertanya kepada Allah.. 

Coretan ini sekadar renungan untuk penulis dan untuk berkongsi pandangan sahaja..salah silap adalah kelemahan penulis ini sendiri..